Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran
sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara
dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus
atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk,
pijat, kutu atau makanan tertentu.
Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya
dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan
radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya
merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit.
Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.
Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang
mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit
resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!
Punca Resdung
Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung. Antara yang utama:
· Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada
rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan
selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan
dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.
·Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat
kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung.
Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal
septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.
·Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak
akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.
Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang
paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.
·Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang
kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.
Simptom Resdung
Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:
- Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
- Hidung tersumbat
- Hidung selalu berdarah dan bernanah
- Jerawat di belakang badan
- Rambut gugur dan berkelemumur
- Sakit kepala
- Keletihan dan badan rasa kurang sihat
- Batuk kronik
- Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
- Mata sering berair
- Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah
Petua Mengelakkan Resdung
- · Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
- · Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah
- · Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot
- · Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab
- · Simpan pakaian dalam almari yang bertutup
- · Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu
- · Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu.



Pergh.. dah boleh bukak pusat rawatan resdung ni.. hihihi.. gurau.. nice blog.. keep it up :)
ReplyDelete