Membakar kalori.
Sudah tentu berjalan kaki bakar
lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari
rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi
dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan
baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.
Jimat masa.
Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada
masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu
masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang
jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang
lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan
lebih mudah untuk merancang masa.
Ketenangan mental.
Berjalan kaki ke masjid
menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir,
berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki
kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana
terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang
kesesakan kereta dan ruang parking.
Ia bentuk senaman.
Kalau masa berjalan ke masjid
adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa
lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik
untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam
30min? Mungkin 130-180 kalori.
Lebih baik untuk alam sekitar.
Well dengan berjalan
kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak
mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan
sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).
Jadi sekiranya masjid tidaklah terlalu jauh dari rumah ataupun pejabat anda, cuba berjalan kaki dan sekiranya anda sembahyang di Masjid Wilayah Persekutuan, look out for me on the roads.




No comments:
Post a Comment