Friday, 27 April 2012

BEST KERRR MEROKOK?????

        MENGAPA MEROKOK????
  • Nampak lebih dewasa
  • Matang
  • Dapat menenangkan fikiran 
  • Mencari ilham

Mungkin itu jawapan bagi mereka yang merokok. Kesemua jawapan tersebut Nampak positif dan memihak kepada kesan yang baik, namun, para perokok sebenarnya lebih mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesiahatan manusia. Tetapi semuanya masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari semasa ke semasa perokok kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah.
KESAN BURUK MEROKOK
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelang tahun 2020 dianggarakan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahawa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.


APAKAH PENYAKIT YANG BAKAL DIHADAPI OLEH PEROKOK??
Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, bronchitis kronik dan emfisima. Ini disebabkan oleh asap rokok atau tembakau yang mengandungi  4000 bahan kimia beracun.Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.    

KESAN JANGKA PANJANG:                             • GANGGUAN FUNGSI PARU-PARU                           • JIKA ADA PENYAKIT ASMA, JANTUNG DAN PARU-PARU, RISIKONYA LEBIH TERUK                        • MEMBAHAYAKAN JANIN YANG DIKANDUNG IBU

 KESAN JANGKA PENDEK:           •BERBAU BUSUK              • KERENGSANGAN MATA, HIDUNG SERTA KERONGKONG            •PENING KEPALA DAN BATUK





















KESAN ATAU RISIKO LAIN  AKIBAT MEROKOK???
  • Melesukan tubuh dan fikiran.  
  • Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. 
  • Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada   asapnya.
Merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut.

No comments:

Post a Comment