Monday, 30 April 2012

5 Kelebihan Kesihatan Berjalan Kaki ke Masjid


alt

Membakar kalori. 
Sudah tentu berjalan kaki bakar lebih kalori daripada menaiki kenderaan. Bagi saya, perjalanan dari rumah ke masjid lebih kurang 400m. Masa perlajanan dalam 10-15min. Jadi dengan berulang-alik ke masjid, saya dapat senaman ringan yang bukan baik untuk kecergasan tapi juga bantu mengawal berat badan.

Jimat masa.
Lagi-lagi untuk sembahyang Jumaat. Pada masa inilah semua kereta mencari tempat yang paling depat dengan pintu masuk masjid - ini jadikan kawasan berdekatan masjid sesak dan memang jam. Kadang-kadang nak parking kereta pun susah dan mengambil masa yang lama. Kalau berjalan kaki, tak perlu risau tentang kesesakan kereta dan lebih mudah untuk merancang masa.

Ketenangan mental. 
Berjalan kaki ke masjid menyenangkan. Masa perjalanan boleh dimanfaatkan untuk berfikir, berzikir dan lain-lain perkara yang mungkin sukar dilakukan jika menaiki kereta. Bagi saya, berjalan kaki ke masjid memang relaxing - umpana terapi untuk kurangkan stres. Lagi-lagi anda tak perlu fikirkan tentang kesesakan kereta dan ruang parking.

Ia bentuk senaman. 
Kalau masa berjalan ke masjid adalah 10-15min, maka dengan perjalanan pulang ke rumah, jumlah masa lebih kurang 20-30min. Ah ini umpama senaman kardio ringan yang baik untuk kaki dan sistem kardiovaskular. Berapa kalori boleh dibakar dalam 30min? Mungkin 130-180 kalori.

Lebih baik untuk alam sekitar.  
Well dengan berjalan kaki, saya dapat kurangkan carbon footprint saya. Walaupun tak banyak mana tapi ia lebih baik daripada menaiki kenderaan kereta yang bukan sahaja keluarkan CO2 tapi juga membazir duit (minyak).
Jadi sekiranya masjid tidaklah terlalu jauh dari rumah ataupun pejabat anda, cuba berjalan kaki dan sekiranya anda sembahyang di Masjid Wilayah Persekutuan, look out for me on the roads.

Sunday, 29 April 2012

10 peRkaRa yAng WANITA bENc!...

KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

Panas baran

Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.
Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
Suka 'cuci mata'

Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.
Main kayu tiga

Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
Pentingkan kawan-kawan

Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.

P/s: CORETAN DI SINI BUKAN UNTUK MENGATA SESIAPA  TETAPI  SEKADAR UNTUK  PENGETAHUAN BERSAMA... 
                JANGAN ADA YANG BERKECIL HATI YE!!

ULASAN VIDEO KORPORAT



VIDEO DARI KACAMATA PELAJAR....

SEPERTI YANG DILIHAT, RASA AGAK PELIK KERANA TIDAK PERNAH SEBELUM INI MERASA SITUASI YANG SAMA. WALAUPUN VIDEO MENUNJUKKAN KELAKUAN YANG POSITIF, TETAPI RAMAI JUGA YANG TIDAK PUAS HATI.
MEMANG BETUL KERANA KEHIDUPAN REALITINYA TIDAK SAMA DENGAN APA YANG DITUNJUKKAN DI DALAM VIDEO. SAYA PUN TERTANYA-TANYA ADAKAH LAGI PELAJAR ZAMAN SEKARANG YANG MASIH MENGAMALKAN SIKAP BUDI BAHASA APABILA BERTUTUR, SALING MENEGUR WALAUPUN BUKAN DARI BANGSA YANG SAMA DAN MENGHORMATI HAK ORANG LAIN SEPERTI YANG DITAYANGKAN DI DALAM VIDEO TADI.

VIDEO KORPORAT UKM....

BIASANYA VIDEO KORPORAT INI AKAN MENUNJUKKAN KELEBIHAN SESEBUAH ORGANISASI ITU SENDIRI. BUKAN MENIPU, TETAPI MEMANG SUDAH MENJADI LUMRAH MANUSIA UNTUK MENDAPAT YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG TERBAIK. MEREKA MEMASARKAN INSTITUSI MEREKA DENGAN CARA YANG TERSENDIRI.  
MEMANG TIDAK DAPAT DINAFIKAN KERANA UKM SENDIRI MEMPUNYAI PELAJAR-PELAJAR YANG BOLEH MENERAJUI NEGARA BERDASARKAN KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN YANG DIPELAJARINYA. BAGI SAYA, SAYA SUKA AKAN VIDEO INI KERANA IANYA SEDIKIT SEBANYAK MEMBERIKAN SAYA SEMANGAT UNTUK TERUS BELAJAR MENDALAMI ILMU.

Friday, 27 April 2012

BEST KERRR MEROKOK?????

        MENGAPA MEROKOK????
  • Nampak lebih dewasa
  • Matang
  • Dapat menenangkan fikiran 
  • Mencari ilham

Mungkin itu jawapan bagi mereka yang merokok. Kesemua jawapan tersebut Nampak positif dan memihak kepada kesan yang baik, namun, para perokok sebenarnya lebih mengetahui dan menyedari akan kesan buruk di sebalik merokok.
Malahan sudah banyak kajian perubatan dan bukti nyata yang menunjukkan kesan merokok kepada kesiahatan manusia. Tetapi semuanya masih tidak cukup menginsafkan perokok, sebaliknya dari semasa ke semasa perokok kian bertambah dan lebih menyedihkan kerana melibatkan para remaja yang masih bersekolah.
KESAN BURUK MEROKOK
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menjelang tahun 2020 dianggarakan 10 juta orang perokok di dunia akan mati dalam setahun. Daripada jangkaan itu, lebih 200 juta kanak-kanak dan remaja yang hidup sekarang akan mati akibat tembakau, dan seramai 500 juta yang lain mati disebabkan serangan penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
Di negara kita, dianggarkan satu perempat daripada kematian akibat penyakit ada kaitannya dengan tabiat merokok. Kadar ini dijangka meningkat dari setahun ke setahun. Malahan, menurut beberapa kajian, menunjukkan bahawa seorang daripada dua orang pengguna tembakau akan mati akibat merokok atau terdedah kepada penggunaan tembakau. Dengan kata lain, separuh daripada jumlah perokok akan mati sebelum mencecah usia tua.


APAKAH PENYAKIT YANG BAKAL DIHADAPI OLEH PEROKOK??
Tabiat merokok sering dikaitkan dengan penyakit seperti koronari jantung, kanser peparu, bronchitis kronik dan emfisima. Ini disebabkan oleh asap rokok atau tembakau yang mengandungi  4000 bahan kimia beracun.Tembakau menjadi penyebab bagi 90% kes kenser peparu, 75% kerosakan bronkitis kronik dan emfisima, serta 25% serangan penyakit koronori jantung.    

KESAN JANGKA PANJANG:                             • GANGGUAN FUNGSI PARU-PARU                           • JIKA ADA PENYAKIT ASMA, JANTUNG DAN PARU-PARU, RISIKONYA LEBIH TERUK                        • MEMBAHAYAKAN JANIN YANG DIKANDUNG IBU

 KESAN JANGKA PENDEK:           •BERBAU BUSUK              • KERENGSANGAN MATA, HIDUNG SERTA KERONGKONG            •PENING KEPALA DAN BATUK





















KESAN ATAU RISIKO LAIN  AKIBAT MEROKOK???
  • Melesukan tubuh dan fikiran.  
  • Bau asap mengganggu dan menyakiti orang yang tidak merokok. 
  • Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga membahayakan mereka yang terdedah kepada   asapnya.
Merokok membazirkan wang, disamping menjadi punca kebakaran daripada puntung rokok yang dibuang sewenang-wenangnya, serta menjadi faktor penyebab kepada pencemaran udara daripada asap rokok.
Kesimpulannya, ketagihan merokok bukan sahaja membahayakan kesihatan tubuh dan rihani malah menjadi punca kepada pelbagai penyakit. Hal ini sememangnya telah dibuktikan dan terbukti candu rokok dan nikotinnya boleh membawa maut.

Sunday, 8 April 2012

7 Ways to Stay Healthy..^_^



Keeping the body and mind working fine isn't that tough, even for busy executives strapped for time.


1 Reboot your brain with power naps
Nodding off for 15-30 minutes at work doesn't mean you are lazy. On the contrary, it helps enhance memory and reduce stress. A midday snooze reverses information overload, says a Harvard University study. A NASA study shows that napping helps you focus better by improving your ability to focus on one task while holding other tasks in memory. But, cautions the study, it's only a short-term fix and no substitute for a good night's sleep. It's also important to limit your nap to not more than 30 minutes. Any longer and you would enter a deep sleep. Trying to wake up after that could make you groggy for a while!
2 Synchronize your biological clock with melatonin
Talking of getting a good night's sleep--critical for boosting memory--the key is to let melatonin do its trick. That's a versatile hormone produced by the brain. It synchronizes the biological clock, regulates sleep and is a powerful antioxidant. Scientists believe it strengthens the immune system and has a strong link to preventing depression, cardiovascular disease, some cancers and sexual dysfunction. Melatonin production is influenced by the daily pattern of light and darkness--basically, light suppresses it and darkness stimulates its production. So, get plenty of light in the day and plenty of darkness at night.
3 Enjoy your place in the sun
If melatonin is why you need darkness, vitamin D is why you need light. Vitamin D is synthesized in the body when it is exposed to sunlight. Studies have linked vitamin D deficiency with increased risks of osteoporosis, cardiovascular disease, cancers, multiple sclerosis, rheumatoid arthritis and type 1 diabetes. And if you think Indians need not worry because of the abundant sunshine, think again. Vitamin D deficiency is causing severe bone loss in adults across northern India, reports the British Medical Journal. So get out from under the tube light and into the sunshine. As little as 15-20 minutes of exposure to sunlight in the early morning, without sunscreen, can help.
4 Let food be your medicine
Every doctor will tell you that a balanced diet and good eating habits are key for keeping the body and brain running at optimal levels. So delaying meals to meet the demands of your work or going on a crash diet to lose weight are no-nos. That's because staying hungry will make you lose weight, but most of it will be from a loss of muscle. Muscles break down into glucose (the fuel the body burns for energy) when you have starved and are out of immediate sources of energy. That has a cascading effect on the body. One, less muscle means your body will burn fewer calories. Two, when you return to a normal diet, the weight comes back first as fat. The food you eat only converts to muscle with accompanying exercise. Three, as you replace muscle will fat, your clothes will stop fitting. Fat cells take up more space than muscle cells. If you don't crash diet, what can you do? The U.S. National Heart, Lung and Blood Institute recommends the Dietary Approaches to Stop Hypertension (DASH) eating plan, which includes eating less salt and sodium and avoiding processed foods (nhlbi.nih.gov/health/public/heart/hbp/dash/dash_brief.pdf). DASH can help you lose weight, and is heart-friendly as it prevents and controls high blood pressure. Along similar lines, WHO's Global Strategy on Diet, Physical Activity and Health (DPAH) recommends limiting salt (sodium) consumption, reducing fat intake and increasing consumption of fruits and vegetables, as well as whole grains and nuts. Bonus tips for frequent travelers: The biggest health disruptor while traveling is the absence of any order to your daily routine. So it all boils down to bringing back order. Get enough sunlight. Take naps. And get as much movement as you can--walk up and down the aircraft; walk rather than take the escalator.
5 Build in rest periods in your workout session
A workout routine goes hand in hand with a good diet to control weight. But if you find it difficult to schedule a block of time for the gym, here's some good news for you: Short 10-minute bursts of moderate-intensity exercise, adding up to a total of 30 minutes a day, works just as well for people with sedentary habits. The second bit of good news? Taking a well-timed rest in the middle of a long workout session helps the body burn more fat. According to an article in the June 2007 edition of the Journal of Applied Physiology, "programs with repetition of shorter exercise might be preferred when prescribing exercise to sedentary people, such as overweight individuals. In addition, several studies have shown that repeated bouts of shorter exercise produce similar changes in cardiovascular fitness and weight loss compared with a single bout of prolonged exercise." Resting is beneficial even for fitness freaks intent on bulking up. Muscle growth occurs whenever the rate of muscle protein synthesis is greater than the rate of muscle protein breakdown. During resistance training, muscle cells are damaged; during rest, satellite cells located on the outside of the muscle fiber repair damaged cells, resulting in increase in muscle fibers.
6 Hug your family and friends
Seriously. Several studies show that the human touch has a therapeutic physical and psychological effect. A study by the University of North Carolina's Karen Grewen and Kathleen Light, shows that hugging your partner can reduce heart rate and blood pressure, both classic signs of stress. According to the Touch Research Institute, University of Miami School of Medicine, massage therapy benefits everyone, from newborns to senior citizens. It improves attentiveness, reduces stress hormones, improves immunity and even reduces pain.
7 Study to prevent age-related memory loss
Several studies published in Neurology, the medical journal of the American Academy of Neurology, show an inverse link between Alzheimer's disease (AD) and how highly educated you are. Essentially, the more formal education you have, the lower the risk of developing dementia and Alzheimer's disease compared to people with less education. However, higher education doesn't protect against how fast one loses memory if they do get affected by AD. According to the Alzheimer's Foundation of America lifestyle choices have a lot to do with maintaining mental well-being. "Growing evidence suggests that regular mental calisthenics may help reduce the risk of Alzheimer's disease or other memory disorders by enhancing cognitive reserve--the mind's resistance to damage; stimulating growth of new brain cells; and maintaining or strengthening connections between brain cells." So go solve that Sudoku puzzle or visit the museum and keep the brain ticking.

"MARAH"

Perasaan marah, satu perasaan yang kita tidak dapat lari daripadanya. Marah datang tanpa diduga. Yang penting adalah bagaimana kita mengawal dan menghadapi marah. Sekiranya kita tidak tahu caranya, banyak kesan negatif yang akan berlaku.

Akibat daripada kita tidak mampu mengawalnya, mungkin orang yang tidak bersalah pula menerima gelombang marah itu, terutamanya orang yang berada hampir dengan kita, mungkin isteri atau suami tersayang, mungkin anak tersayang, mungkin adik-beradik atau rakan-rakan. Mereka juga mungkin menyalah tafsir gelombang marah tersebut.

Tentang Marah

Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.:  
"Berilah wasiat padaku."
Nabi s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya berkali-kali tetapi Nabi s.a.w. tetap bersabda:  
"Jangan marah." 
 (Riwayat Bukhari)

Yang perlu dijelaskan sehubungan dengan hadis ini ialah:
(a) Orang yang bertanya itu menurut riwayat ada yang mengatakan dia itu ialah Ibnu Umar, ada yang mengatakan Haritsah atau Abu Darda'. Mungkin juga memang banyak yang bertanya demikian itu.
(b) Kita dilarang marah apabila berhubungan dengan sesuatu yang hanya mengenai hak diri kita sendiri atau hawa nafsu. Tetapi jika berhubungan dengan hak-hak Allah S.W.T, maka wajib kita pertahankan, misalnya agama Allah S.W.T dihina orang dan al-Quran diinjak-injak, dengan cara yang syar'ie dan berhikmah.
(c) Yang bertanya itu mengulangi berkali-kali seolah-olah meminta wasiat yang lebih penting, namun 

Rasulullah S.A.W  tidak menambah apa-apa. Hal ini kerana menahan marah itu sangat besar manfaat, faedah, juga ganjaran di sisi Allah S.W.T.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan memaafkan (kesalahan) manusia. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan.  
(Ali 'Imran: 134)
Allah S.W.T menjanjikan cinta-Nya sebagai ganjaran. Tidak mahukah kita akan ganjaran tersebut?
Tidak mahukah kita akan cinta-Nya, seagung-agung cinta, seindah-indah cinta?
Mari kita perhatikan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengawal perasaan marah kita.

1) Diam
Mengambil sikap diam, hal ini sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
Apabila salah seorang antara kalian marah maka hendaklah dia diam. 
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Seringkali apabila manusia marah, sukar baginya untuk menuturkan kata-kata yang baik. Maka kita disuruh untuk mendiamkan diri, seterusnya ambil langkah-langkah di bawah, dan berfikir sejenak.

2) Istia'zah
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi bisikan/fikiran jahat daripada syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
 (Al-A'raaf: 200-201)
Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan maka berlindunglah kepada Allah S.W.T.
Godaan dan bisikan jahat syaitan itu tujuannya hanya satu, agar kita melakukan perkara yang buruk dan meninggalkan perkara yang baik. Maka berlindunglah kita kepada Allah S.W.T dengan menyebut:
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
Dari Sulaiman bin Shurad r.a. katanya:
Saya duduk bersama Nabi s.a.w. dan di situ ada dua orang yang saling maki-memaki. Salah seorang dari keduanya itu telah merah padam mukanya dan membesarlah urat lehernya, kemudian Rasulullah S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya saya mengetahui suatu kalimat yang apabila diucapkannya, tentulah hilang apa yang ditemuinya (kemarahannya), iaitu andaikata dia mengucapkan: أعوذ بالله من الشيطان الرجيم, tentulah lenyap apa yang ditemuinya (kemarahannya) itu."Seseorang lalu berkata kepadanya (orang yang merah padam mukanya): "Sesungguhnya Nabi S.A.W. bersabda: Mohonlah perlindungan kepada Allah S.W.T dari syaitan yang direjam." 
(Muttafaq'alaih)
Kita juga boleh membaca ayat Kursi dan tiga surah Qul.

3) Duduk
Rasulullah S.A.W bersabda:
Apabila salah seorang antara kalian marah sedangkan dia berdiri maka hendaklah dia duduk, agar kemarahannya hilang, apabila masih belum reda maka hendaklah dia baring.  
(Hadis riwayat Abu Daud)

4) Wudhuk
Sabda Rasulullah S.A.W:
Marah itu adalah bara api maka padamkanlah ia dengan berwudhuk.  
(HR Al-Baihaqi dan sebahagian ulama yang lain menghasankannya)

MiNd sEt cHAnGe!!


  HI everyone... Actually, all of this pictures were taken at ASRAMA PUTERI SMK AMINUDDIN BAKI. I was joined one program under Psychology unit. I was there to be one of the facilitator. Our program named as MIND SET CHANGE and one of the objective is to ensure students so that they can afford to develop their idea and use creativity to be more developed. Our program was on 24-25 February 2012.

     We left to SMK AMINUDDIN BAKI by Friday and there's around 28 facilitators joined. It was me on the left side this picture. I was introduced myself that time and i was really appreciate them because of their good attention. We heard there were no bullying in the hostel and they taught to be respect to each other.

     However,the special thing about the students was punctuality. They were very punctual in time and it's make me to be more discipline in live. In spite of they had an examination on the next Monday, they still energetic to our program.

   We did a lot of activities on Friday's evening such as sing a theme song, STANDING IN THE EYES OF THE WORLD, built a team, introduced ourselves, created a vision,mission,logo of our team. On Friday night, we were getting involved in Muhasabah Diri conducted by Ijam,our facilitator.
The students pay a good attention and they succeed to motivate themselves.

     On Saturday's morning, we exercised together to stay healthy all time. They really impress me and other facilitators. They had enjoyed an aerobics and "poco-poco" dance. After that, we back to canteen to take a breakfast and back to room to clean up our body. We continue our program with a lecture by En Ali Ajwad, UKM's lecturer. He talk about what they (students) will be in the future and it was a best topic. The students need to imagine who they are in the next 10 years and they asked to draw themselves.

   We finished our program with Gala Night and it really impress me once again about the students. They did not shame to act in front of us and make it spontaneously. They showed us their cooperation on what they do. 

      Last but not least, we as the facilitators would like to say a alot of thanks to all of the SMK AMINUDDIN BAKI's students for their great cooperation to enjoy our program. We hope taht they will remember us and study smart for their future.




THANK YOU!!!
SEE YOU NEXT TIME!!

Monday, 2 April 2012

ApA iTu ReSduNg???

Resdung, sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus merupakan rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diselaputi mukosa iaitu kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus. Resdung dikatakan berpunca daripada alahan terhadap habuk, pijat, kutu atau makanan tertentu.

Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya dengan segera, radang pada ruang sinus ini akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut seterusnya merebak ke mata menyebabkan kelopak mata membengkak dan sakit. Pandangan menjadi kabur dan adakalanya mata akan menjadi buta.

Di samping itu, radang ini boleh merebak ke tekak, selaput otak yang mengakibatkan meningitis dan ke otak menyebabkan otak bernanah. Penyakit resdung yang tidak dirawat boleh membawa maut!

Punca Resdung

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai punca resdung. Antara yang utama:

· Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus yang berulang kali pada rongga hidung yang kerap menyebabkan seseorang mendapat demam dan selesema. Penyakit resdung ini juga sering dikaitkan dengan ketumbuhan dalam hidung seperti ‘polyps’ dan kanser.

·Struktur tulang hidung yang tidak normal, contohnya patah akibat kemalangan menyebabkan seseorang berisiko mendapat penyakit resdung. Mereka yang mempunyai struktur hidung yang senget (deviated nasal septum) juga berisiko tinggi untuk mendapat resdung.

·Kuman atau bakteria yang berasal dari gigi atas yang sakit atau rosak akan merebak dengan mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung. Rongga sinus yang terdapat di dalam tulang pipi merupakan rongga yang paling kerap mendapat sinusitis akibat kerosakan gigi.

·Kajian juga menunjukkan tabiat menyelam di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar boleh mengakibatkan resdung.

Simptom Resdung

Penghidap resdung biasanya mengalami simpton sinusitis seperti:

  1. Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus
  2. Hidung tersumbat
  3. Hidung selalu berdarah dan bernanah
  4. Jerawat di belakang badan
  5. Rambut gugur dan berkelemumur
  6. Sakit kepala
  7. Keletihan dan badan rasa kurang sihat
  8. Batuk kronik
  9. Gatal-gatal dan kerap bersin terutamanya pada waktu pagi
  10. Mata sering berair
  11. Muka terasa gatal dan tumbuh jerawat bernanah

Petua Mengelakkan Resdung

  1. · Gunakan pembersih hampagas yang baik dan mempunyai penapis yang baik
  2. · Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakasan rumah
  3. · Gunakan penutup hidung semasa mengemas rumah atau perabot
  4. · Elakkan memelihara binatang berbulu dalam rumah seperti kucing dan arnab
  5. · Simpan pakaian dalam almari yang bertutup
  6. · Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada kain yang memerangkap habuk atau bulu
  7. · Elakkan menggunakan selimut, sarung bantal dan cadar yang diperbuat daripada bulu binatang. Tukar sekurang-kurangnya dua kali seminggu.