Seseorang yang menghadapi sesuatu yang bersifat mudah,
sedang ia sendiri masih ragu-ragu mana sebaiknya dilakukan, maka di sunatkan
mengerjakan solat yang bukan termasuk wajib.
Niat Solat
Istikharah
Sengaja aku mengerjakan
sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
- Selepas memberi salam
baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).
Doa Solat
Istikharah
“Ya Allah, saya memohonkan pilihan
menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya
memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha
Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala
yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini……..baik
untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah
untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya.
Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam
agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku
dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja
dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.”
Yang di bawah boleh anda baca jika
mempunyai waktu kelapangan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai fadhilat
Solat Istikharah ini.
Bila di sebut sahaja Solat Istikharah
kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu
sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak
kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan
di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih
jodoh sahaja.
Sebenarnya
amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas.
Kita kadang-kadang
tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah
ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis
yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata:
“Nabi pernah mengajarkan
kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah
dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah
ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon
pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat
Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala
yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik
bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah
pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan
permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau
mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku,
juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang,
maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana
sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini
sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.



No comments:
Post a Comment