Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU
SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA. Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah,
yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju
masuk ke negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah
dengan sebenar-benarnya melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad itu
pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Apabila
datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Munkar dan
Nankir, maka janganlah berasa gentar dan takut. Janganlah kamu berduka cita dan
risau serta janganlah kamu bersusah hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA
Bin IBU SAYA bahawasanya Mungkar dan Nankir itu hamba Allah Ta’ala, sebagaimana
kamu juga hamba Allah Ta’ala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga
akan menyoal kamu.
Mereka berkata:
- Siapakah Tuhan kamu?
- Siapakah Nabi kamu?
- Apakah agama kamu?
- Apakah kiblat kamu?
- Siapakah saudara kamu?
- Apakah pegangan iktikad kamu?
- Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab
soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah. Biarlah
tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:
- Allah Ta’ala Tuhanku.
- Muhammad Nabiku.
- Islam agamaku.
- Baitullah itu kiblatku.
- Semua orang Islam dan orang beriman adalah saudara aku.
- Kitab suci Al-Quran ikutanku, malahan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
- Dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap, “La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah”.
Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu. Inilah dia suatu dugaan
yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di alam Barzakh
sehingga sampai satu masa kelak. Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul
di Padang Mahsyar.
Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA. Bahawasanya
mati ini adalah benar. Soalan malaikat Munkar dan Nankir di dalam kubur ini
adalah benar. Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar.
Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar. Dihisab dan dikira
segala amalan kamu adalah benar. Minum di kolam air Nabi adalah benar. Ada Syurga
dan Neraka adalah benar. Bahawasanya Hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga
Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam
kubur.
Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan
selamat tinggal pada kamu di sisi Allah Ta’ala. Semoga Tuhan akan memberi
kesejahteraan kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian
berdoa mudah-mudahan Allah Ta’ala menjinakkan hati kamu yang liar dan Allah
menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur
ini. Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu
serta menerima segala amal kebajikan kamu.
“Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya
tidak diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW. Subhana
rabbika rabbil izzati amma ya sifun wassalum alalmursalin walhamdulillahi
rabbil alamin”.
Firman
Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam
kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang
ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan
kesabaran.” – Surah Al-A’sr




No comments:
Post a Comment